:: Harmonian TV

HARAPAN RAMADHAN

Tuesday 25 October 2011

TAMAN KOTA HARMONI DI AWASI KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) MULAI 1 NOVEMBER 2011



Sebagai LANGKAH PENCEGAHAN dan faktor-faktor keselamatan, pihak Jawatankuasa Penaja telah  bersetuju untuk memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) di 5 LOKASI STRATEGIK yang dirahsiakan.

Pihak Jawatankuasa Penaja TIDAK TERAGAK-AGAK untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada Pihak Berwajib khususnya PDRM.

Harap Maklum !


Sekitar Gotong Royong Para Ahli Jawatankuasa Penaja pd 26 Oktober 2011

Alhamdulillah... tanggal 26 Oktober 2011, jam 9.00 pagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja telah bersepakat untuk bergotong royong membersihkan longkang-longkang yang tersumbat...




"MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Saturday 15 October 2011

Sekitar "Mesyuarat J/Kuasa Penaja Bil 5/2011" pada 15 Oktober 2011

MESYUARAT  JAWATANKUASA PENAJA,
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOTA HARMONI TANAH MERAH (HARMONIAN),
BIL 5/2011

TARIKH: 15 OKTOBER 2011
TEMPAT: DEWAN KULIAH POLITEKNIK JELI (KAMPUS TANAH MERAH )


Saturday 1 October 2011

:: LANGKAH PENUTUPAN PALANG BERKUATKUASA 1 OKTOBER 2011

SABTU, 1 OKT - Persatuan Penduduk Taman Kota Harmoni Tanah Merah (Harmonian) telah bersetuju untuk mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan bagi membendung kejadian jenayah dan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Untuk tujuan itu, pihak Persatuan telah bersetuju untuk memperkenalkan langkah penutupan beberapa jalan bagi mengawal keluar masuk ke Taman Kota Harmoni. Kerja-kerja mengecat palang dan pemasangan tanda-tanda keselamatan sedang giat dijalankan oleh Jawatankuasa Penaja bagi membolehkan langkah penutupan ini dilaksanakan segera.


Diharap kepada semua penduduk dapat mengambil perhatian yang sewajarnya dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan untuk kebaikan semua pihak. Jalan-jalan yang dimaksudkan akan ditutup mulai jam 10:00 malam hingga 6:00 pagi. Sekian dimaklumkan.