:: Harmonian TV

HARAPAN RAMADHAN

Saturday 24 September 2011

Sekitar "MAJLIS RUMAH TERBUKA IDULFITRI TKH 2011" ~ Terima Kasih kepada yang hadir.






Pengerusi & Seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Kota Harmoni Tanah Merah (Harmonian) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk TKH yang telah bersusah payah menjayakan aktiviti sulung Harmonian. Semoga kerjasama erat sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.

Friday 23 September 2011

:: Sekitar Persiapan "Majlis Rumah Terbuka Idulfitri Taman Kota Harmoni 2011" [foto disertakan]

Alhamdulillah, walaupun baru 3 minggu ditubuhkan ahli-ahli Persatuan Penduduk Taman Kota Harmoni Tanah Merah (Harmonian) mampu menunjukkan kerjasama yang baik. Ini dapat digambarkan melalui beberapa snap menarik sekitar persiapan Majlis Rumah Terbuka yang dirancangkan.


 





"MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Sunday 18 September 2011

:: PENUTUPAN GATE KELUAR MASUK JALAN SEBELAH 7-ELEVEN & JALAN SEBELAH LEBUHRAYA

** MAKLUMAN PENUTUPAN GATE 7 ELEVEN & GATE JALAN SEBELAH LEBUHRAYA UNTUK TUJUAN KESELAMATAN & KAWALAN **

TARIKH BERKUATKUASA:
24 September 2011

MASA PENUTUPAN:
10:00 MALAM - 6.00 PAGI (Setiap Malam)

JALAN YANG TERLIBAT:
1) Jalan Sebelah &-Eleven
2) Jalan Bersebelahan Lebuhraya

PENDUDUK TAMAN KOTA HARMONI HANYA DIBENARKAN MENGGUNAKAN JALAN TENGAH (JALAN SEBELAH POLITEKNIK) SAHAJA UNTUK TUJUAN KELUAR MASUK SEMASA BERKUATKUASANYA PENUTUPAN GATE TERSEBUT. HARAP MAKLUM !!

Saturday 17 September 2011

:: MAJLIS RUMAH TERBUKA IDULFITRI TKH 2011

Salam Ukhuwwah..

Pengerusi & Seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Kota Harmoni Tanah Merah (Harmonian) menjemput dan mempersilakan tuan/puan Para Penduduk Taman Kota Harmoni untuk turut sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Idulfitri TKH 2011 yang dijadualkan berlangsung pada:

Tarikh: 24 September 2011
Masa : 2:00 - 5:00 Petang
Tempat: Berdekatan Tapak Tangki Air, Taman Kota Harmoni

Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis.