:: Harmonian TV

HARAPAN RAMADHAN

Monday 16 July 2012

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN MASJID HARMONI, TAMAN KOTA HARMONI OLEH PEMAJU

13 JULAI 2012, TAMAN KOTA HARMONI - ALHAMDULILLAH, satu majlis ringkas telah diadakan oleh Jawatankuasa Penaja, Persatuan Penduduk Taman Kota Harmoni Tanah Merah (HARMONIAN) bersempena dengan Majlis Penyerahan Kunci Masjid oleh Tn Haji Rasid Mohamad ( Pengarah Pingat Harmoni Sdn. Bhd.) selaku Pemaju Taman Kota Harmoni, Tanah Merah.

Majlis penuh makna tersebut telah menyuntik semangat para penduduk untuk turut sama mengimarahkan masjid ini. Di Majlis itu juga, pihak Pemaju telah bersetuju menamakan masjid ini sebagai MASJID HARMONI.

 Majlis persiapan awal.


Penderma budiman ( berbaju batik coklat )


Kehadiran Pemaju disambut oleh J/Kuasa
Penaja Harmonian.


Antara hadirin/penduduk yang hadir.


 Majlis Solat Hajat yang diimamkan oleh Imam Masjid Tepi Sungai.


 Antara J/Kuasa Penaja Harmonian yang hadir.


 Pemaju/Penderma, Tn Haji Rasid Mohamad
sedang menyampaikan ucapan perasmian.


Masjid Harmoni, Taman Kota Harmoni.

SEMOGA MASJID HARMONI INI DAPAT DIJADIKAN TEMPAT UNTUK
PENYATUAN PENDUDUK TAMAN KOTA HARMONI.

TERIMA KASIH KEPADA PENDERMA.

Thursday 15 December 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS BUBUR ASYURA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOTA HARMONI TANAH MERAH


Semua Penduduk Taman Kota Harmoni DIJEMPUT & DIPERSILAKAN Ke Majlis Kacha Suro (Bubur Asyura) :-

~ TARIKH : 17 DISEMBER 2011
~ MASA    : 9:00 PAGI - 4:00 PETANG
~ TEMPAT: RUMAH PENGERUSI PERSATUAN. ( ABE ZIN )

Tuesday 25 October 2011

TAMAN KOTA HARMONI DI AWASI KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) MULAI 1 NOVEMBER 2011



Sebagai LANGKAH PENCEGAHAN dan faktor-faktor keselamatan, pihak Jawatankuasa Penaja telah  bersetuju untuk memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) di 5 LOKASI STRATEGIK yang dirahsiakan.

Pihak Jawatankuasa Penaja TIDAK TERAGAK-AGAK untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada Pihak Berwajib khususnya PDRM.

Harap Maklum !


Sekitar Gotong Royong Para Ahli Jawatankuasa Penaja pd 26 Oktober 2011

Alhamdulillah... tanggal 26 Oktober 2011, jam 9.00 pagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja telah bersepakat untuk bergotong royong membersihkan longkang-longkang yang tersumbat...




"MAUFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Saturday 15 October 2011

Sekitar "Mesyuarat J/Kuasa Penaja Bil 5/2011" pada 15 Oktober 2011

MESYUARAT  JAWATANKUASA PENAJA,
PERSATUAN PENDUDUK TAMAN KOTA HARMONI TANAH MERAH (HARMONIAN),
BIL 5/2011

TARIKH: 15 OKTOBER 2011
TEMPAT: DEWAN KULIAH POLITEKNIK JELI (KAMPUS TANAH MERAH )


Saturday 1 October 2011

:: LANGKAH PENUTUPAN PALANG BERKUATKUASA 1 OKTOBER 2011

SABTU, 1 OKT - Persatuan Penduduk Taman Kota Harmoni Tanah Merah (Harmonian) telah bersetuju untuk mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan bagi membendung kejadian jenayah dan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Untuk tujuan itu, pihak Persatuan telah bersetuju untuk memperkenalkan langkah penutupan beberapa jalan bagi mengawal keluar masuk ke Taman Kota Harmoni. Kerja-kerja mengecat palang dan pemasangan tanda-tanda keselamatan sedang giat dijalankan oleh Jawatankuasa Penaja bagi membolehkan langkah penutupan ini dilaksanakan segera.


Diharap kepada semua penduduk dapat mengambil perhatian yang sewajarnya dan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan untuk kebaikan semua pihak. Jalan-jalan yang dimaksudkan akan ditutup mulai jam 10:00 malam hingga 6:00 pagi. Sekian dimaklumkan.

Saturday 24 September 2011

Sekitar "MAJLIS RUMAH TERBUKA IDULFITRI TKH 2011" ~ Terima Kasih kepada yang hadir.






Pengerusi & Seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Taman Kota Harmoni Tanah Merah (Harmonian) mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk TKH yang telah bersusah payah menjayakan aktiviti sulung Harmonian. Semoga kerjasama erat sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.